Isnin, 16 Mac 2015

Hari Keluarga WERA 2015 Memang Meriah Dan Dapat Mengeratkan Tali Silaturrahim

Asssalamualaikum  kepada semua Ahli Keluarga WERA,


Sambutan Hari Keluarga WERA buat kali kedua telah diadakan di rumah Hajjah Maimunah Bte Raji
di Kg. Batu 7 Ijok, Bestari Jaya, Selangor pada 14hb.March,2015(Sabtu) bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga pkl 5:00 petang.Berikut adalah agenda-agenda yang telah disusun oleh pihak AJK dan Pengerusi En. Kamsani Bin Raji.

Alhamdulillah, semua acara telah berjalan dengan lancar dan meriah disamping dapat mengeratkan tali silaturrahim dikalangan semua ahli WERA dan slogannya ialah 'Sepakat Membawa Berkat'.
Tuan Pengerusi WERA juga telah mengujudkan Tabung Sumbangan Dana untuk Ahli WERA untuk membiayai pelbagai aktiviti dimasa akan datang dan dana sebanyak RM800 dapat dikumpulkan semasa Hari Keluarga ini.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.

Kepada Ahli WERA yang tidak dapat hadir dan ingin mengimbau kembali perjalanan majlis tersebut, sila layari  https://youtu.be/5kULOSRwM0A


Ikhlas dari,
Baharudin Jemenin
Ahli WERA